Tengah malam jumpa lagi gambar yang menarik bagi aku yang telah diretweet oleh seseorang di Twitter :)
Peringatan untuk diri sendiri jugak :)
Sambil2 tu boleh kita kenal siapa Saidatina Aisyah :)
BIODATA SAIDATINA AISYAH BIN ABU BAKAR
Nama : Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq
Gelaran : i) Humaira (putih kemerah-merahan)
ii) Ummul
Mukminin (ibu bagi semua umat
Islam)
Tarikh Lahir : Tahun 614 Masihi (6 tahun sebelum
hijrah)
Tempat Lahir : Kota
Mekah
Suami : Muhammad bin Abdullah(Rasulullah SAW)
Umur ketika wafat : 67 tahun
Tempat wafat : Madinah Al-Munawarah
Tempat dimakamkan : Al-Baqi'
KEISTIMEWAAN DAN SIFAT SAIDATINA AISYAH
Bersungguh-sungguh menuntut ilmu:
Sejak kecil/zaman kanak-kanak menunjukkan minat yg dalam
terhadap ilmu
Dermawan:
Sanggup menjual barang keperluannya semata-maat membantu orang lain.
Taat dan tegas:
Taat dan patuh kepada ibu bapa dan suami.Tegas dan berani
menegakkan kebenaran.
Sabar Cekal dan Tabah:
Tidak penah mengeluh walau menempuh pelbagai cabaran. Cekal
dan tabah dalam menghadapi dugaan seperti fitnah dalam peristiwa
“HadithulIfqun”
SUMBANGAN
· Semasa hayat Rasulullah s.a.w, beliau berjuang bersama Rasulullah s.a.w di medan perang dan sentiasa menyampaikan ilmu kepada orang lain.
· Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, beliau menjadi tempat rujukan para sahabat dan rumahnya menjadi pusat menyebarkan Islam.
KEWANITAAN:
-Memberi petua tentang agama terutama yang berkaitan dengan
kewanitaan
-Seorang pejuang Islam yang bersama Rasulullah dlm beberapa peperangan menentang musuh
HADIS :
-Banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah . Sebanyak
tidak kurang 1210 hadis telah diriwayatkannya
Semoga kita semua boleh mencontohi beliau. Tak dapat banyak pun sikit pun ok ape :)
NOTA KAT BAWAH : LIKE FB PAGE and FOLLOW TWITTER :) hihi
Nak review follower blog ke 3000 tapi tak jumpa link blognya. Kepada Ena Jailani kalau singgah blog ni kasi link blog :)
Nak review follower blog ke 3000 tapi tak jumpa link blognya. Kepada Ena Jailani kalau singgah blog ni kasi link blog :)